Vedānta Darśana Falsafah_Vedanta

Pendahuluan - Sutra

Dalam sistem pendidikan di India purba, pelajar dikehendaki untuk tinggal bersama-sama gurunya di sekolah rimba. Pengajaran biasanya berada dalam bentuk Sutra atau ayat-ayat suci, diikuti dengan penjelasan dan perbincangan. Kaedah ini amat berkesan kerana ini membantu penghafalan.

Kesusasteraan Sutra mempunyai ciri-cirinya tersendiri. Menurut syarat-syarat sebuah Sutra, ia mesti 'alpaksara' (mengandungi jumlah abjad yang minimum), 'asandigdha' (tanpa keraguan mengenai maksudnya), 'saravat' (mesti mengandungi inti subjeknya), dan juga, 'visvatomukha' (mengandungi semua aspek subjeknya). Namun, demi mengurangkan perkataan, pencipta-pencipta Sutra telah melakukannya dengan amat keterlaluan. Akibatnya, penulis-penulis seterusnya terpaksa menulis Bhasya atau ulasan penjelasan ke atas Sutra-Sutra.

Srauta, Grhya dan Dharma Sutra merupakan kumpulan kesusasteraan Sutra yang awal. Darsana atau sistem falsafah yang muncul kemudiannya, juga mengikuti gaya Sutra.

Prasthana-traya

Antara Saddarsana, atau enam sistem falsafah yang menerima otoriti Veda, Mimamsa dan Vedanta adalah berkaitan terus dengan Veda. Sistem Mimamsa berusaha untuk mencapai persepakatan antara teks-teks Vedayang kelihatan memberi arahan-arahan yang berlainan mengenai sistem pemujaan yang sama. Vedanta pula berusaha untuk memberikan satu falsafah Brahman (Tuhan Maha Mutlak) yang logikal daripada ayat-ayat Upanishad yang kelihatan bercanggah antara satu sama lain.

Vedānta Darśana merupakan mazhab yang paling popular dan berpengaruh. “Vedānta" bermaksud ‘penghujung atau kesimpulan Veda’, (anta=penghujung) dan ia juga bermaksud intipati Veda (anta=intipati).

Sumber Vedanta ialah Upanishad (dikenali sebagai Sruti Prasthana), Brahmasutra (dikenali sebagai Nyaya-prasthana), dan Bhagavadgita (dikenali sebagai Smrti-prasthana). Secara kolektif, ketiga-tiganya dikenali sebagai ‘Prasthanatraya’). 'Prasthana' bermaksud mazhab falsafah atau agama. Terdapat tiga pandangan yang berbeza mengenai Prasthanatraya yang telah melahirkan tiga mazhab utama Vedanta iaitu Advaita, Visistadvaita dan Dvaita.[5]

Upanishad

Walaupun terdapat banyak karya-karya dengan nama 'Upanishad', secara tradisional, hanya dua belas hingga empat belas Upanishad sahaja yang diterima sebagai purba dan sah. Seluruh struktur falsafah Vedanta bergantung kepada beberapa Upanishad ini sahaja.

Ajaran Upanishad, secara umumnya boleh dibahagikan begini: Brahman sebagai sumber alam ini, sifat Brahman, evolusi dunia dan sifat-sifat benda-benda hidup sebagai jiwa individu dan perhubungan mereka dengan Brahman, kehidupan jiwa dan kelahiran semulanya, matlamat akhir kehidupan, dan jalan untuk mencapai matlamat akhir itu, dan keadaan selepas mencapai matlamat akhir itu.

Upanishad tidak memberikan satu gambar yang seragam mengenai pelbagai subjek yang dibincangkannya, Menurut tradisi, seluruh kumpulan Upanishad dianggap sebagai satu karya sastera iaitu Sruti. Oleh itu, adalah penting untuk menyusun semula ajaran Upanishad untuk memberikan gambaran yang lebih seragam. Inilah yang dilakukan oleh Badarayana yang menghasilkan Brahmasutra.

Menurut Swami Vivekananda, "Sebarangsistem di India yang tidak mematuhi Upanishad tidak boleh dipanggil sebagai orthodoks.Malah, sistem orang Jain dan orang Buddha telah dihalau dari bumi India hanyakerana mereka enggan menerima Upanishad."